Sejarah Sekolah

Pusat Tingkatan 6 Mod 1 SMK Taman Mahsuri terletak di Taman Mahsuri, Mukim Naga Lilit dengan keluasan 2.59 hektardan sebuah padang bola berkeluasan 1.62 hektar . Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 2013 mempunyai 6 blok bangunan dan 18 kelas dan 6 makmal sains. Penyerahan kunci telah dilakukan oleh pihak Jabatan Kerja Raya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada 5 Mac 2014.

Dibuka pada 13 April 2014 dengan pengambilan seramai 150 pelajar tingkatan 6 Atas, 41 orang guru, seorang kakitangan pejabat dan 2 orang pembantu makmal. Kemasukan pelajar dan guru terdiri daripada 4 buah sekolah menengah iaitu SMK Padang Serai, SMK Tunku Panglima Besar, SMK Kulim dan SMK Sultan Badlishah.

Perpindahan semua kelas tingkatan enam di sekolah berkenaan juga diikuti dengan perpindahan bahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan bahan alatan makmal berkaitan tingkatan enam.

Kawalan keselamatan dan kebersihan telah beroperasi lebih awal pada 1 April 2014. Merupakan sejraha dalam transformasi pendidikan negara di mana sekolah ini adalah Pusat Tingkatan 6 Mod 1 yang mula dilaksanakan di zon utara semenanjung Malaysia.

Pendaftaran pelajar telah dibuat pada 12 April 2014 dan majlis bacaan Yaasin telah dihadiri oleh 79 waris pelajar, semua guru, pelajar dan masyarakat Taman Mahsuri bagi memudahkan semua urusan di Pusat Tingkatan Enam ini.

Encik Ahmad Sulong bin Ismail, Pengetua Cemerlang telah diberikan mandat untuk memimpin dan menerajui Kampus Taman Mahsuri ini.

No comments:

Post a Comment